JUBAH atau BAJU KURUNG YANG MENJADI PILIHAN?
JUBAH atau BAJU KURUNG YANG MENJADI PILIHAN?
Kak ila selesa berJUBAH.
JUBAH yang berat sikit kainnya sangat best di pakai. Sebab apa...TIDAK MELEKAP dibadan.
Bahaya tau orang perempuan, jaga-jaga bila memilih. Kita berpakaian bukan untuk dilihat orang, tapi untuk Allah lihat.
Jubah juga LONGGAR dan sangat selesa dipakai.
Sekarang terlalu banyak JUBAH BERFASION di luar sana.
Yang mengikut BENTUK BADAN.
Yang NIPIS dan JARANG, dan
Yang dihasilkan kerana TREND.
Allahu...
Awas ya sahabat-sahabat, jangan sampai kita menyerupai wanita sebagaimana dalam hadith Rasulullah SAW ini:
“Ada 2 golongan yang akan menjadi penghuni neraka, aku belum pernah melihat mereka ; iaitu golongan yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang dan golongan kedua adalah PARA WANITA YANG BERPAKAIAN TETAPI TELANJANG, berlenggang lenggok ketika berjalan, menarik perhatian orang yang melihat mereka. Kepala mereka ( sanggul / fesyen rambut ) bagaikan bonggol unta yang senget. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak dapat mencium bau wanginya..."
Nau'zubillah.
Apapun kak ila meraikan sahabat-sahabat yang memilih JUBAH mahupun BAJU KURUNG, janji menepati syariat ok👌😉
Kak ila
💕Sebarkan Kebaikan💕
#jubahalkauthar

Leave a Comment